
Oleh Afiq Hanif mafiq@hmetro.com.my
SELARI teknologi semasa, setiap persatuan apatah lagi bekas pelajar sekolah, kolej atau universiti memerlukan laman web untuk berhubungan antara satu sama lain.Langkah Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kang sar (MCOBA) harus dipuji kerana ia organisasi yang agak gah dari segi nama di Malaysia.
Apabila anda menaip alamatnya, ia akan terus ke halaman utama dengan 13 ikon di sebelah kiri iaitu 'Home', 'Events', 'Management Committee', 'Announcements', 'MCOBs Da tabase', 'Articles on MCKK', 'Contact Us', 'Search', 'Apply for Membership', 'Apply for MCOBA E-Mail', 'MCOBA E-Mail', 'MCOBA Offside' dan 'Your Start Page'.
Secara keseluruhannya, kombinasi warna laman web ini amat bersesuaian dengan ciri kekuatan pasukan ragbi mereka tetapi boleh ditambah melalui dua atau tiga warna lain.Dari segi susunan menu, ia kemas dan mudah dilayari dengan hanya satu klik tetapi pembangun perlu memikirkan susunan ikon lebih baik kerana ia agak meleret hingga ke bawah.
Mengikut pendapat penulis, laman web ini tidak diper baharui setiap hari contohnya jemputan ke pertunjukan seni berlaku pada minggu lalu masih menjadi tajuk utama.Untuk menambahkan usaha berhubung antara satu sama lain, pembangun boleh membina ruangan sembang mem bolehkan ahli merapatkan hubungan jarak jauh secara 'on line'.
Tambahan grafik atau foto mungkin diperlukan atau galeri mampu diwujudkan memberi gambaran lebih bermakna yang diposkan oleh ahli secara terus.Selain itu, beberapa jenis tulisan seperti 'Verdana' ber keupayaan menonjolkan topik untuk paparan umum atau pembahagiannya mengikut kotak berwarna.
No comments:
Post a Comment